Sabtu, 12 Februari 2011
Jumaat, 11 Februari 2011
Memori Kenangan Allahyarham Hj Mohamed Ali
Assalamualaikum ...anak-anak , cucu2 serta cicit2 Allahyarham Hj.Mohamed Ali Bin Embin sekali lagi kita dipertemukan dalam blog yang tidak seberapa ini. .Dalam diam-diam kita telah ditinggalkan oleh abah yang kita sayangi ke Rahmahtullah pada 13 Mei 2006 dan pada 13 Mei 2011 pemergian Allahyarham sudah memasuki 5 tahun .Waktu itu tiada siapa menduga akan permergian Allahyarham berjumpa dengan Allah S.W.T . Kita masih terkejut lagi atas ketiadaan Allahyarham bersama kita. Dengan meninggalkan 16 zuriat bersama ibunda tercinta Bakiah Binti Abas yang kini berumur 67 tahun dengan penuh tabah dengan dugaan hidup bersama-sama membesarkan anak-anak Allahyarham dan semuanya lahir dengan sempurna walaupun dengan kepayahan membesarkan anak-anak tetapi semuanya dapat membesar dengan baik dengan didikan pelajaran di sekolah .Setelah membesar dan berkeluarga mereka membawa haluan masing-masing .Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak bernasib baik ..dan kehidupan harus diteruskan. Buat Kekanda,adinda,cucunda dan cicinda marilah sama-sama kita bersatu demi mengikat tali persaudaraan agar ianya tidak putus ditengah jalan . Kita membina perkara yang baik-baik agar kita dapat bertemu sentiasa demi mengekalkan tali persaudaraan ini.
Dari Shahruddin Hj Mohamed Ali No.Ahli 007/W12/10
Dari Shahruddin Hj Mohamed Ali No.Ahli 007/W12/10
Rabu, 22 September 2010
WARIS TUN SABAN
Salam kepada semua waris-waris TUN SABAN yang membuka blog yang baru lahir pada 22 September 2010 jam 8.00 malam di Kuala Lumpur ( semasa buat blog di stall shamsul )
dan bermulalah kita waris serta kaum kerabat TUN SABAN berkenalan serta bertukat-tukar pandangan dan cerita demi untuk tatapan generasi Tun Saban yang akan datang.Saya berharap dapatlah sekiranya semua yang mempunyai bahan atau cerita serta buah fikiran untuk kita sama-sama hasilkan satu blog semoga kita bersama-sama berjaya mengumpul waris-waris Tun Saban yang suatu ketika dulu adalah orang yang yang membawa anak 'Raja' beraja di tanah jajahannya di Perak.Selain itu, disediakan juga album keluarga serta cerita dan aktiviti semasa untuk semua waris-waris Tun Saban yang berminat berkongsi cerita .
Langgan:
Catatan (Atom)